SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RAWA (KBAA035)
06700 PENDANG, KEDAH D.A
No Tel : +604-7413284
Email : [email protected]
06700 PENDANG, KEDAH D.A
No Tel : +604-7413284
Email : [email protected]
Sekolah Kebangsaan Paya Rawa telah bermula dengan pembukaan sekolah rakyat pada tahun 1965. Ia kemudiannya telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran bagi mewujudkan sebuah sekolah kebangsaan seperti sekarang pada tahun 1967. Sekolah ini terletak di dalam Mukim Tobiar, di dalam Daerah Pendang.
Sekolah Kebangsaan Paya Rawa berada dalam Gred A sekolah luar Bandar dengan jumlah murid seramai 264 orang pada tahun 2015. Ianya diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Pendang dengan kedudukan lebih kurang 30 km dari Bandar Alor Star dan 12 km dari pekan Pendang.
Sekolah ini dihubungi dengan sistem jalanraya dari Pekan Tanah Merah, Pendang serta Kubur Panjang. Ianya dilengkapi dengan segala kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air dan kemudahan telefon. Kebanyakan penduduk sekitarnya terdiri daripada golongan sosio-ekonomi yang sederhana dengan menjadikan aktiviti menoreh getah dan bertani sebagai pekerjaan utama mereka.
Taburan murid sekolah ini adalah dari beberapa kampung yang berada di persekitarannya seperti Kampung Paya Rawa, Kampung Durian, Kampung Paya Nekong, Kampung Bukit Patong, Kampung Padang Nyior, Kampung Paya Lipai, Kampung Kerkau, Kampung Charok Umar, Kampung Charok Binu, dan beberapa kampung lain.
Walaupun sekolah ini terletak di kawasan luar Bandar, namun terdapat pelbagai kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai oleh sekolah ini samada dalam bidang Kurikulum, KoKurikulum mahupun Hal Ehwal Murid.
Dalam usaha mencapai kejayaan dalam bidang Kurikulum, pihak pengurusan Kurikulum telah melakukan pelbagai aktiviti dan program seperti Program Waris Jaya, Mentor-Mentee, kelas tambahan, Kem Kecemerlangan UPSR, kem motivasi dan pelbagai lagi usaha yang memerlukan pengorbanan besar dari pihak guru.
Bidang KoKurikulum pula banyak membawa kejayaan dalam setiap kegiatan yang pernah disertainya. Antara kejayaannya ialah tempat ke lima peringkat Negeri Kedah dalam Pertandingan Pidato Sekolah Rendah pada tahun 1999, johan kelompok pasukan bola sepak tahun 1988, johan pertandingan Nasyid, Tilawah Al-Quran dan sebagainya. Kejayaan-kejayaan ini jugalah yang mendorong murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan di sekolah ini.
Selain itu, pengurusan Hal Ehwal Murid yang cekap dan sistematik telah menghasilkan murid yang cukup berdisiplin, bermoral dan berakhlak mulia. Murid-murid di sekolah ini amat jarang terlibat dengan kegiatan salah laku yang besar seperti merokok, mencuri, penggunaan najis dadah mahupun kegiatan sosial. Masalah ponteng sekolah juga tidak terlalu serius kerana secara keseluruhan kurang 5 % murid terlibat dalam masalah ini. Keadaan ini berlaku kerana pihak pengurusan HEM telah mengadakan perancangan yang rapi dalam mengawal serta menguruskan murid di sekolah ini selain menjaga kebajikan mereka. Antara program atau kegiatan yang pernah dijalankan ialah Kem Bina Insan, Kem Kesedaran, program Guru Turun Kampung, dan banyak lagi program yang menjurus ke arah peningkatan tahap disiplin dan pembentukan akhlak murid.
Dalam usaha untuk mengekalkan kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Paya Rawa ini, ketiga-tiga pihak iaitu pengurusan Kurikulum, KoKurikulum dan Hal Ehwal Murid dengan kerjasama dan sokongan padu daripada guru besar, guru-guru serta staf sokongan yang ada akan sentiasa berusaha, berbincang, dan bersatu dalam mencari jalan kearah kecemerlangan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.